Press Releases
KENYATAAN MEDIA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MANASEEK INTERNATIONAL SDN BHD
BERKENAAN
MAJLIS PRAPELANCARAN APLIKASI MANASEEK
~ ALL IN ONE SOLUTION FOR UMRAH AND HAJJ ~
-
Manaseek International Sdn Bhd mengadakan Majlis Prapelancaran Aplikasi MANASEEK pada 15 Julai 2023 di Hotel Grand Barakah, Ampang. Majlis ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Razali Mohd Sham, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH) Malaysia.
-
Tercetusnya idea untuk mewujudkan aplikasi MANASEEK ini bermula atas dasar niat ingin membantu menyelesaikan masalah industri umrah dan haji. Antaranya seperti penipuan pakej umrah, agensi pelancongan yang tidak berlesen dan kesukaran mencari pakej yang bertepatan dengan keinginan jemaah.
-
Maka, pembangunan aplikasi ini akan memudahkan masyarakat bagi mendapatkan akses yang paling murah dan cepat untuk memilih dan menempah pakej umrah dan haji yang sesuai mengikut keperluan, kemampuan dan keselesaan jemaah melalui agensi yang berdaftar dan berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.
-
Seterusnya, aplikasi ini diperluaskan lagi manfaatnya sebagai platform yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan umrah dan haji, meliputi aspek 3T iaitu Training, Travel, Trading & services. Aplikasi mudah alih ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Manaseek International Sdn Bhd, sebuah tech startup. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple Apps Store.
-
Aplikasi MANASEEK akan menyokong ekosistem industri umrah dan haji dalam melahirkan mutawwif profesional yang bukan sekadar berkhidmat untuk rakyat Malaysia, malah umat Islam di negara lain. Antaranya, ia menawarkan program latihan umrah dan haji lanjutan seperti Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) serta Diploma Profesional Mutawwif dan Pengurusan Pelancongan Islamik (PD-MIT). Penawaran ini dibuat melalui kerjasama dengan institusi latihan dan pendidikan tempatan, manakala diploma telah mendapat perakuan antarabangsa.
-
Selain itu, menerusi aplikasi ini juga usahawan boleh memasarkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan umrah dan haji. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai keperluan dalam satu platform. Antaranya produk seperti kurma Ajwah Madinah, jubah, buku dan perkhidmatan seperti dam kambing, korban dan aqiqah di Mekah, badal umrah dan badal haji. Lebih menarik lagi, individu yang menyertai MANASEEK sebagai konsultan akan dibimbing bagi menjana pendapatan sebagai usahawan digital dalam industri umrah & haji.
-
Insya-Allah, menjelang hujung tahun 2023, aplikasi ini akan menjadi hab pengurusan umrah dan haji bagi lebih 100 agensi pelancongan, dengan tawaran lebih 1000 pakej umrah, haji dan pelancongan Islamik. Ia juga akan menjadi hab pendidikan yang membimbing lebih 500 orang mutawwif profesional. Di samping itu, aplikasi ini bakal menjadi wadah dan platform yang melahirkan lebih 10,000 orang usahawan digital. Malah, dengan izin Yang Maha Esa, MANASEEK akan melebarkan sayap servisnya ke gerbang pasaran Indonesia dan ke seantero negara ASEAN.
-
Oleh itu, diharapkan dengan kewujudan aplikasi MANASEEK ini dapat meningkatkan kepercayaan dan imej industri umrah dan haji negara ini. Lebih utama lagi, ia akan memberi penyelesaian pantas dan mudah hanya di dalam satu platform untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang berkaitan dengan industri umrah dan haji. Hal ini juga adalah selaras dengan tagline MANASEEK iaitu All in One Solution for Umrah and Hajj.
-
Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak media untuk menguar-uarkan tentang Prapelancaran Aplikasi MANASEEK kepada masyarakat umum.
Sekian, terima kasih.
USTAZ HAJI ABDULLAH A.R.S
Ketua Pegawai Eksekutif
Manaseek International Sdn Bhd
15 Julai 2023
15 JULAI 2023
Tarikh keramat berlangsungnya Majlis Prapelancaran Aplikasi Manaseek yang dirasmikan oleh Dato Seri Razali Mohd Sham, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH). Turut dihadiri juga oleh Dato Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), rakan kongsi agensi pelancongan, pihak media dan ramai lagi. Terima kasih diucapkan kepada pihak Warisan Bonda Lounge yang sudi menyediakan tempat yang ekslusif dan selesa untuk kami menjayakan majlis pada hari tersebut. Semoga dengan tertubuhnya aplikasi Manaseek akan dapat membantui menaik taraf industri Umrah & Haji di Malaysia.